fbpx

Sony PlayStation 5 dijangka pintas rekod jualan PS2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sony bakal lancar permainan konsol PlayStation 5 pada minggu depan. - Sony Interactive Entertainment Inc/AFP

TOKYO – Sony akan melancarkan konsol PlayStation 5 pada minggu depan dengan harapan mampu meraih sokongan besar pada ketika firma Jepun itu meningkatkan pergantungan kepada sektor permainan yang ternyata lumayan.

PlayStation 5 (PS) akan bersaing dengan produk Microsoft, Xbox baharu yang akan dipasarkan dua hari lebih awal daripada Sony.

Kedua-dua pengeluar peranti permainan itu berharap mampu menguasai pasaran sebelum sambutan Hari Krismas.

Sejak memperkenalkan PS1 pada 1994, industri permainan video menjadi segmen perniagaan terbesar untuk Sony sehingga membawa keuntungan paling besar dan jualan hampir satu pertiga lebih tinggi berbanding produk elektronik atau muzik.

Sebagai perbandingan, Microsoft cuma meraih kira-kira 10 peratus jualan dalam bidang permainan bagi tahun kewangan berakhir Jun 2020.

Sony menjual dua kali ganda PS4 berbanding Microsoft dengan Xbox Ones dan penganalisis berpendapat, Sony sudah belajar daripada kesilapan tawaran produk PS3.

“Kita sudah menyaksikan (produk) generasi sebelum ini bahawa pada pelancarannya, ada dua faktor utama yang akan memberi impak pada kejayaan iaitu pertama untuk melancarkan dan berharga rendah,” kata Morris Garrard, seorang penganalisis di Futuresource Consulting.

Beliau merujuk kepada ‘kegagalan relatif’ model PS3 yang dijual setahun selepas Xbox 360 dan pada harga yang lebih tinggi.

PS5 akan ditawarkan pada harga AS$500 (RM2,080 – kadar pertukaran semasa) iaitu sama seperti Xbox Series X. Bagi versi PS5 tanpa pembaca cakera, harganya ialah AS$400 (RM1,670).

Sebagai perbandingan, harga permainan konsol Xbox Series S yang tidak dilengkapi pembaca cakera ialah AS$300 (RM1,250).

Keuntungan Sony bagi permainan konsol dilihat tipis dan mungkin membawa kepada kerugian, kata penganalisis.

Bagaimanapun, Sony dilihat meletakkan harapan pada jualan permainan video, perkhidmatan dan langganan online bagi menjadikannya satu keuntungan.

Setakat ini, permintaan yang diterima Sony nampak kukuh dan syarikat itu dilaporkan ada menetapkan sasaran pengeluaran yang lebih tinggi.

Keadaan itu akan bergantung kepada pihak pembekal, khususnya firma Taiwan, TSMC yang terlibat dalam penghasilan cip pemprosesan PS5 dan unit penghasilan grafik.

TSMC juga berdepan tekanan sebagai pengeluar utama cip bagi kegunaan telefon pintar 5G.

“Apa jua yang dihasilkan Sony, ia akan dijual,” kata Yasuo Imanaka, seorang penganalisis di Rakuten Securities.

Imanaka berpendapat, PS5 mungkin memintas rekod jualan PS2 sebanyak 157 juta sejak dilancarkan pada tahun 2000.

Bagaimanapun, semua itu bergantung kepada apa yang dapat dibekalkan TSMC, kata beliau. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI