GAMBAR HIASAN

Rakyat perlu bersatu putuskan pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYED MOHD. HAZIQUE SYED NOR
WARTAWAN EKSEKUTIF

Pandemik Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia ketika ini membataskan rutin harian semua orang bahkan meĀ­rencatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Setiap negara masih berusaha siang dan malam menangani wabak berbahaya yang boleh meragut nyawa itu.

Petugas barisan hadapan yang juga benteng terakhir dalam memerangi wabak tersebut berhempas pulas dan mempertaruhkan nyawa bagi memastikan penularan terkawal.

Menurut Pakar Sosial, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran, bukan semua orang berkebolehan untuk menjadi petugas barisan hadapan.

ā€œTidak semua orang boleh berkorban dan melakukan apa yang mereka lakukan.

ā€œSebagai contoh, polis terpaksa bertugas tanpa cuti demi menjaga sempadan, doktor-doktor pula terpaksa melupakan keluarga di rumah demi menyelamatkan nyawa pesakit-pesakit,ā€ katanya ketika dihuĀ­bungi Kosmo! baru-baru ini.

Tambahnya, banyak cara boleh dilakukan oleh orang awam untuk menghargai jasa petugas barisan hadapan.

ā€œCara paling mudah ialah deĀ­ngan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang teĀ­lah dikeluarkan.

ā€œBagaimanapun, masih ada lagi golongan yang ingkar sehingga menyebabkan penularan wabak ini,ā€ ujarnya.

Justeru kata beliau, orang ramai perlu saling membantu dalam usaha memutuskan ranĀ­taian wabak Covid-19.

ā€œSeperti diberitahu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah baru-baru ini, kita semua ialah barisan hadapan dan bertanggungjawab memutuskan rantaian daripada terus tersebar,ā€ jelasnya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menghargai pengorbanan besar barisan hadapan negara yang beĀ­kerja tanpa henti sejak negara dilanda pandemik Covid-19.

Katanya, barisan hadapan negara telah membuat pengorbanan terbesar dalam usaha menangani penularan wabak CoĀ­vid-19 di negara.

ā€œMereka tidak berhenti beĀ­kerja siang dan malam sejak pandemik ini melanda negara dan ini merupakan satu pengorbanan yang amat luar biasa.

ā€œOrang kata, wira yang tak didendang, jadi kita harus ucap terima kasih dan zahirkan penghargaan kepada mereka di barisan hadapan yang korbankan masa dan keluarga untuk bantu kita supaya selamat daripada Covid-19 ini,ā€ katanya.

Sementara itu, Noor Hisham pernah melaporkan memang ada isu kelesuan mental dan fizikal dalam kalangan petugas kesihatan di lapangan malah Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengalaminya kerana terpaksa berperang berterusan tanpa henti sejak 10 bulan lalu.

Menurutnya, setiap hari perlu ada mesyuarat dan tindakan dalam menjalankan tugas sehingga mungkin ada yang terkesan dan mengalami tekanan peĀ­rasaan.

Bagaimanapun, segala usaha yang dilakukan barisan hadapan itu telah melonjakkan nama Malaysia sehingga merangkul anugerah Pelancongan Kesihatan dan Perubatan: Destinasi Terbaik

Tahun ini pada Anugerah PelancoĀ­ngan Perubatan 2020 di London.

Menurut kenyataan Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), pengiktirafan kali keempat berturut-turut itu meĀ­ningkatkan kedudukan Malaysia sebagai Pusat Penjagaan Kesihatan di dunia dan mencerminkan komitmen negara dalam sektor penjagaan kesihatan, khususnya ketika berdepan Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Ā 

TERKINI

BERITA BERKAITAN