fbpx

MAIS guna pakai sistem DDMS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sistem DDMS dapat mempercepatkan kerja-kerja mengakses maklumat sekaligus dapat menjimatkan masa.

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menaik taraf sistem pengurusan dokumen dengan menggunapakai Digital Document Management System (DDMS) dalam menjamin capaian akses maklumat lebih efisien.

Setiausahanya, Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, penggunaan DDMS itu dilaksanakan sejak 1 September lalu selaras menyokong amalan persekitaran hijau dengan penjimatan penggunaan kertas.

“DDMS merupakan satu sistem pengurusan rekod secara elektronik yang dikendalikan kerajaan di bawah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia.

“Ini bermaksud semua pergerakan dokumen dalaman MAIS dilaksanakan secara atas talian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, penggunaan DDMS itu juga seiring hasrat MAIS ke arah pemerkasaan sistem penyampaian melalui digital agar pengurusan dan proses dokumen lebih tersusun, bersistematik seterusnya mempercepatkan pelaksanaan sesuatu tindakan.

“Saya berharap dengan pelaksanaan sistem dokumentasi MAIS melalui DDMS ini akan meningkatkan lagi perkhidmatan MAIS ke arah yang lebih cemerlang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI