fbpx

RM12 juta untuk selenggara ban di dua daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham ketika sesi DUN Selangor hari ini.

SHAH ALAM – Peruntukkan sebanyak RM12 juta telah diluluskan bagi kerja-kerja penyelenggaran dan pengukuhan ban di dua daerah di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir. Izham Hashim berkata, peruntukan tersebut daripada Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor dalam menghadapi fenomena air pasang besar khususnya di Klang dan Kuala Selangor yang bermula September hingga November.

“Di Klang, kerja-kerja menaik taraf ban telah dilakukan di Kampung Tok Muda dan Kampung Sungai Serdang melibatkan sepanjang lapan kilometer (km) dan 3.8 km.

“Manakala di Kuala Selangor pula melibatkan Kampung Tok Adam dan Kampung Sungai Janggut,” katanya ketika menjawab soalan lisan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi di Sidang Dewan Negeri di sini hari ini.

Izham yang merupakan ADUN Pandan Indah turut memaklumkan kerajaan negeri menerusi JPS kini dalam proses mereka bentuk ban lebih kukuh yang mampu menghalang kemasukan air pasang besar di lokasi berkenaan.

“Dalam proses itu, kita mengambil kira kesan pemanasan global dan peningkatan aras air laut dalam menyediakan perancangan reka bentuk bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan.

“Persiapan dan operasi pam bergerak juga diaktifkan bagi kawasan-kawasan yang berisiko dinaiki air laut ketika fenomena air pasang besar,” jelasnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN