fbpx

PSG enggan perlekeh kemampuan Leipzig

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PSG enggan menjadikan keputusan Leipzig menentang United minggu lalu sebagai ukuran kepada kemampuan sebenar lawan dari Bundesliga itu. - AFP

PARIS – Kapten Paris Saint-Germain (PSG), Marquinhos menyeru semua pemain memberikan fokus 100 peratus menjelang aksi penting bertemu RB Leipzig pada aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara di Red Bull Arena awal pagi esok.

Marquinhos, 26, berkata, sejarah pertemuan pada separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu memberi gambaran kemampuan sebenar jaguh Bundesliga itu meskipun tidak dibarisi ramai pemain bertaraf bintang.

“Saya tidak mahu rakan-rakan sepasukan memandang rendah keupayaan Leipzig kerana mereka boleh memberi kejutan jika kami hilang fokus.

“Meskipun (Manchester) United mencatat kemenangan besar ke atas mereka minggu lalu, ia bukan jaminan keputusan sama akan berulang.

“Apa yang pasti, PSG harus menjadikan rekod pertemuan musim lalu sebagai pengalaman berharga,” katanya.

Dalam masa sama, bek te­ngah Brazil itu mengakui, sangat teruja apabila diberi penghormatan menggalas tang­gungjawab sebagai kapten PSG menggantikan rakan sene­garanya, Thiago Silva yang berhijrah ke Chelsea musim ini.

“Saya sangat berbangga apabila diberi kepercayaan oleh jurulatih untuk memegang lilitan kapten. Namun, saya sedar tanggungjawab yang dipikul cukup besar, lebih-lebih lagi apabila menggantikan seorang pemimpin hebat seperti Silva.

“Saya akan berusaha untuk memberikan motivasi kepada semua pemain dalam usaha mencapai sasaran ditetapkan pihak pengurusan. Kami mahu menang Liga Juara-Juara musim ini, jelas Marquinhos yang membantu PSG muncul naib juara edisi musim lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI