fbpx

Borat minta wanita AS jangan mengundi, dikhuatiri Trump kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pelakon Britain, Sacha Baron Cohen menerusi watak Borat berkongsi nasihat berkait ‘informasi kecemasan mengundi’ kepada pengikutnya di media sosial berkait pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).

Pelawak yang digelar sebagai ‘wartawan nombor empat di Kazakhstan’ meminta pengikut-pengikut wanitanya agar tidak keluar dan mengundi, lapor portal Daily Star.

Pilihan raya presiden AS kali kini akan menentukan sama ada Donald Trump kekal di White House untuk penggal kedua atau pencabar dari Parti Demokrat, Joe Biden menjadi Presiden baharu.

Akaun Twitter Borat berkongsi satu video dan pesanan iaitu ‘Informasi kecemasan mengundi untuk wanita US&A!’.

Dia berkata: “Wanita tidak perlu mengundi esok (hari ini). Kami mendapat tahu jika anda berbuat demikian, Presiden Trump akan kalah.”

“Ini disebabkan, seperti kupu-kupu (terbang) ke dalam api, kamu wahai wanita tertarik pada idea-idea berbahaya seperti kejujuran, keadilan dan persetujuan.

“Wanita di US dan A (Amerika Syarikat). Ini adalah pilihan raya paling penting dalam hidup kita, jadi serahkannya kepada lelaki,” katanya.

Presiden Trump pernah membidas watak dilakonkan Cohen dengan memberitahu pemberita AS bahawa:

“Kamu tahu, beberapa tahun lalu, dia cuba menipu saya dan saya adalah satu-satunya yang menyatakan: Tidak. Lelaki itu seorang berpura-pura.

“Saya tidak melihat dia sebagai melucukan. Bagi saya, dia menyeramkan.” – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI