fbpx

1.3 juta talian prabayar meragukan dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parlimen.

PETALING JAYA- Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM)mengesan kira-kira 1.3 juta talian prabayar yang didaftarkan secara meragukan sehingga Oktober lepas.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 920,217 talian telah ditamatkan perkhidmatan manakala 457,645 pula dikemas kini dengan maklumat yang sah.

“Daripada aspek pengawalseliaan industri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan audit pengesahan data dengan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengesahkan integriti pangkalan data pelanggan talian telefon prabayar bagi memastikan semua nombor yang aktif disahkan dengan sewajarnya.

“Ini bagi mengelakkan ia disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan penipuan dan seumpamanya,” katanya semasa sesi Dewan Rakyat di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis) yang ingin tahu mengenai inisiatif Kementerian untuk memastikan rakyat selamat daripada penipuan siber yang menggunakan aplikasi yang tidak sahih dan juga melalui panggilan telefon dengan pelbagai modus operandi bagi memperdayakan mangsa dalam mendapatkan data peribadi dan wang.

Menurut beliau, KKMM menggunakan Strategi Keselamatan Siber Malaysia yang digariskan Majlis Keselamatan Negara untuk melaksanakan inisiatif bagi membendung kes-kes jenayah berkaitan siber.

“Melalui Cyber Security Malaysia, kami turut membantu rakyat menangani penipuan siber melalui pelbagai program keselamatan siber.

“Ini memerlukan pelaksanaan aktiviti kesedaran keselamatan siber yang berterusan dalam usaha memupuk amalan keselamatan siber dalam kehidupan seharian dan juga meningkatkan pengetahuan mengenai ancaman siber yang sentiasa berubah mengikut teknologi semasa,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI