fbpx

Kes melonjak empat angka, 12 kematian direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 hari ini melonjak kepada empat digit dengan 1,054 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes positif sehinggan kini sebanyak 34,393 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu, 12 kes kematian direkodkan hari ini di Sabah melibatkan mereka berusia antara 14 hingga 82 tahun dengan pelbagai latar belakang penyakit menjadikan sebanyak 263 kes kematian sehingga kini.

Menurutnya, kes kematian tersebut dilaporkan di Hospital Queen Elizabeth, Hospital Kudat, Hospital Duchess of Kent dan Hospital Tawau.

“Daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 1,040 kes penularan tempatan manakala, 14 lagi kes import melibatkan tiga warga Malaysia dan 11 warga asing mendapat jangkitan dari luar negara.

“Mereka tiba dari Korea Selatan, Jepun, Filipina, Uzbekistan, China, Hong Kong, Nepal, United Kingdom dan Maldives,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi kes pulih Covid-19, sebanyak 875 kes direkodkan menjadikan sebanyak 23,995 kes pulih dicatatkan di seluruh negara. Noor Hisham menambah, terdapat pertambahan dua kluster baharu hari ini melibatkan Kluster Cergas di daerah Seremban, Negeri Sembilan serta Kluster Permatang di Kulim, Kedah dan Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara dan Timur Laut di Pulau Pinang. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI