fbpx

Individu guna pencuci lantai ganti ‘hand sanitizer’ dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi Pematuhan PKP dengan kerjasama pelbagai agensi dilaksanakan sekitar Jempol, kelmarin.

JEMPOL – Lima individu dikenakan kompaun termasuk bagi kesalahan menggunakan pencuci lantai sebagai ‘hand sanitizer’ dalam Operasi Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Jempol, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, empat lagi kesalahan lain yang dikesan ialah masing-masing satu kesalahan iaitu tidak memakai pelitup muka, tidak mendaftar masuk ke dalam premis perniagaan, tidak menyediakan buku daftar pelanggan dan tidak menghadkan pelanggan masuk dalam premis.

Menurutnya, operasi yang diadakan setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam itu melibatkan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah, Majlis Perbandaran Jempol dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

“Lima kesalahan berkenaan dikesan oleh pegawai dan anggota yang melakukan operasi di sekitar Bahau, Bandar Seri Jempol dan Batu Kikir.

“Antara lima yang dikompaun ini termasuklah pekerja yang gagal menulis nama atau mendaftar masuk menggunakan aplikasi mySejahtera sebelum memulakan tugas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Hafiz berkata, operasi berkenaan dijalankan secara berterusan dengan kerjasama serta penglibatan pelbagai agensi bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard PKP.

Menurutnya, kelima-lima individu berkenaan dikenakan kompaun sebanyak RM1000. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI