fbpx

251 pesakit terima rawatan di Hospital Medan Tawau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Medan Tawau telah merawat 251 pesakit sejak mula operasi. FOTO IHSAN ATM

PETALING JAYA- Seramai 251 pesakit telah menerima rawatan di Hospital Medan Tawau sejak hari pertama beroperasi pada 22 Oktober lalu sehingga semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 221 orang telah dibenarkan keluar, manakala 30 masih dirawat.  

“Pada ketika ini kes pembedahan belum lagi dilaksanakan di hospital berkenaan, tetapi Tim pembedahan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) telah ditempatkan bagi membantu Unit Bedah Hospital Tawau. 

“Bagaimanapun, keupayaan hospital ini boleh dipertingkatkan pada bila-bila masa termasuk dewan bedah dan High Dependancy Unit,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Markas ATM hari ini.

Hospital sementara itu ditempatkan di Kompleks Sukan Tawau mempunyai kapasiti 100 katil yang menyediakan rawatan khusus kepada kes-kes selain Covid-19 bagi membolehkan Hospital Tawau memberikan fokus kepada perkhidmatan rawatan Covid-19. 

“Hospital Medan ATM akan mengoptimumkan pengoperasian dengan sasaran kadar penggunaan katil sebanyak 70 peratus. 

“Sehingga kini, Hospital Medan ATM juga akan mendapat bantuan daripada Unit Perubatan Transfusi Darah Hospital Tawau untuk pesakit-pesakit dan bekalan darah ‘Safe O’ juga akan diletakkan di sini untuk kegunaan kes-kes kecemasan.

“Jabatan Psikiatri  Hospital Tawau juga akan menempatkan pesakit-pesakit psikiatri  yang stabil untuk mendapatkan rawatan di Hospital Medan ATM,” katanya. 

ATM memberitahu, pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia akan terus terlibat dalam menyalurkan bantuan ke Sabah mengikut keperluan. -K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI