fbpx

19 individu lepak di bar dikompaun RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pengunjung sebuah bar di Butterworth yang diperiksa malam tadi.

SEBERANG PERAI – Seramai 19 individu yang sedang melepak di sebuah bar di Jalan Raja Uda, Butterworth di sini masing-masing dikompaun sebanyak RM1,000 malam tadi.

Dalam operasi kira-kira pukul 2.30 pagi itu, kesemua mereka berusia 30-an itu didapati melakukan kesalahan tidak mematuhi prosesdur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya mendapati seramai 18 pengunjung termasuk enam wanita gagal mengamalkan penjarakan fizikal.

“Seorang pengurus lelaki di bar itu turut dikompaun kerana gagal menyediakan SOP dalam kalangan pelanggan,” katanya kepada pemberita hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI