fbpx

Ziyech pamer prestasi memukau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIYECH (dua dari kiri) melakukan rembatan dari luar kotak penalti untuk menjaringkan gol pertama Chelsea. - AFP

BURNLEY – Pemain tengah Chelsea, Hakim Ziyech berjaya menampilkan aksi mantap membantu pasukannya mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Burnley pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Turf Moor malam kelmarin.

Tiga gol daripada Ziyech, Kurt Zouma dan Timo Werner berjaya memastikan skuad kendalian Frank Lampard itu me­raih kemenangan ketiga daripada tujuh perlawanan EPL setakat ini.

Kata Lampard, beliau sememang­nya sudah menjangkakan aksi berkualiti daripada Ziyech berdasarkan kemampuan yang dimiliki bintang skuad antarabangsa Maghribi tersebut.

“Saya memang mahu melihat aksi seperti ini daripada Ziyech kerana kami tahu kualiti yang dimilikinya. Saya percaya dia boleh menjadi pemain penting untuk kami musim ini.

“Dia ada visi yang cukup hebat menerusi hantaran-­hantaran tepat sekali gus mampu­ memberi kelebihan buat pasukan,” katanya.

Ziyech, 27, kini berjaya mencetak nama selaku penjaring gol dalam dua perlawanan berturut-turutnya selepas membantu Chelsea membe­lasah FK Krasnodar 4-0 pada aksi Liga Juara-Juara baru-­baru ini.

Sementara itu, persembahan bek kiri The Blues, Ben Chilwell turut mendapat perhatian Lampard apabila dia banyak membantu pasukan dalam aspek serangan.

“Saya memang mahukan pemain pertahanan yang boleh membantu pasukan ketika menyerang dan dia (Chilwell) melaksanakan tugas tersebut dengan cemerlang,” jelas Lampard. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI