fbpx

PKPD Penjara Kepayan dan Kuarters Penjara dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari di Penjara Kepayan dan Kuarters Penjara Taman Mat Salleh di Kampung Matambai, Sabah bermula esok hingga 16 November ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), MKN bersetuju untuk melanjutkan tempoh tersebut.

“Sehingga semalam, jumlah positif Covid-19 sebanyak 1671 kes, manakala bilangan yang disaring seramai 3,509 orang.

“Untuk makluman, kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di kawasan tersebut bermula 20 Oktober hingga hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pindaan prosedur operasi standard (SOP) dilakukan di beberapa lokaliti di Sabah.

“Pindaan seperti seorang wakil setiap rumah dibenarkan keluar dari kawasan PKPD dengan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) khusus untuk mengeluarkan wang daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) atau bank dan membeli keperluan asas dan keperluan lain.

“Pasar juga dibenarkan beroperasi di kawasan tersebut sebanyak dua kali seminggu dari pukul 6 pagi hingga 2 petang,” ujarnya.

Jelasnya, pindaan itu tidak terpakai di kawasan Penjara dan Pusat Tahanan Sementara di Negeri Sabah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI