fbpx

Pencuri diberkas selang 20 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki yang masih dibawah tahanan POCA diberkas mencuri tabung derma di Taman Meru 1, Klang semalam.

KLANG – Seorang lelaki yang masih dalam tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bertindak berani dengan mencuri dua buah tabung di sebuah kedai di Pekan Meru di sini semalam.

Bagaimanapun, suspek berusia 40 tahun itu ditahan pukul 5.10 pagi selang 20 minit selepas melakukan jenayah tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, tangkapan suspek hasil rondaan dilakukan unit kereta peronda (MPV) polis yang mengesan individu mencurigakan di lorong belakang kedai di Taman Meru 1 di sini.

Katanya, suspek didapati sedang memegang dua buah tabung.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek mengaku telah melakukan pecah kedai dan mencuri dua tabung derma di sebuah kedai berhampiran stesen minyak.

“Siasatan lanjut mendapati suspek masih dibawah tahanan POCA Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara sejak setahun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI