fbpx

Gergasi Merah sedia tamatkan ‘Misi 34’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELANGOR sedia menamatkan misi 34 pada saingan Piala Malaysia musim ini.

HASRAT pasukan Selangor untuk menamatkan penantian ‘Misi 34’ pada kejuaraan bola sepak berprestij, Piala Malaysia tahun ini nampak sukar apabila diundi bertemu Melaka United pada aksi peringkat kalah mati minggu ini.

Selangor yang dikendalikan oleh pembimbing sementara, Michael Feichtenbeiner selepas mengambil alih tugas B. Satiananthan pada September lalu diberi tugas sukar dalam merealisasikan sasaran satu trofi yang diletakkan oleh pengurusan Gergasi Merah musim ini.

Bagaimanapun, pengendali kelahiran Jerman itu percaya aksi bertemu skuad Sang Kancil memberi ujian terbaik buat barisan pemainnya dalam usaha melangkah jauh pada kejohanan kali ini.

“Berdasarkan format pertandingan kalah mati, tiada siapa yang layak dilabelkan selaku pasukan pilihan kerana mana-mana pasukan boleh menang ke atas sesiapapun. Justeru, kami perlu fokus mengharungi satu perlawanan ke satu perlawanan bermula dengan Melaka United.

“Apa yang pasti, Selangor akan tampil dengan pasukan yang seimbang kerana beberapa pemain muda daripada Selangor 2 telah diserapkan ke dalam skuad utama. Saya harap mereka dapat tampil bertenaga pada aksi itu nanti,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan mengharapkan anak-anak buahnya dapat melakar kejutan dengan meraih kemenangan ke atas Selangor yang lebih dianggap sebagai pasukan pilihan pada pertembungan ini.

“Di atas kertas, memang undian yang sukar buat Melaka kerana terpaksa bertemu Selangor pada awal saingan. Namun, ia juga ujian buat pemain tampil terbaik. Harapan saya sudah tentu mahu mencatat sejarah buat Melaka yang belum pernah memenangi trofi Piala Malaysia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI