fbpx

Alya hilang arah selepas bapa meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALYA IMAN

PETALING JAYA – Pelakon dan model hijabista sensasi, Alya Iman meluahkan kerinduan terhadap Allahyarham bapanya yang juga pelakon terkenal era 1980-an, Azmil Mustapha yang meninggal dunia sekitar dua tahun lalu.

Dalam satu perkongsian menerusi Instagram, selebriti berusia 19 tahun itu memuat naik dua keping foto bersama Allahyarham berserta status meluahkan rasa rindu terhadap bapanya.

Menurut Alya, pemergian aktor yang popular dengan filem Ali Setan itu telah meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya.

“Saya kehilangan sumber kekuatan dua tahun lalu, satu-satu insan yang menyebabkan saya hidup setiap hari. 

“Ini satu kehidupan yang luar biasa selama 17 tahun melalui kesusahan dan pencapaian bersama.

ALYA bersama arwah bapanya, Azmil Mustapha.

“Ada ketika kita hanya ada sekeping roti untuk dimakan bersama dan perlu bekerja siang dan malam, tetapi ada hari kita akan bergembira menikmati hidangan kegemaran iaitu sushi dan keluar berjalan-jalan,” kata Alya.

Ujar anak bongsu itu lagi, dia perlu bekerja keras dan menyediakan apa yang termampu untuk menampung kehidupan bersama bapanya.

Namun, selepas pemergian insan tersayang itu, Alya mengakui menjadi seakan-akan hilang arah dan tidak mengenal kehidupan sehingga hari ini.

Dalam pada itu, Alya yang pernah membintangi telefilem Lelaki Kelas Sebelah itu mendakwa, bapanya selalu mengajarnya untuk percaya pada ketentuan Allah SWT.

“Sepatutnya kalau dia (arwah) masih hidup, usianya mencecah 67 tahun, Allah mengetahui saya mengharapkan dia masih ada. Saya sangat rindukannya, al-Fatihah,” kata Alya.

Pelakon Azmil Mustapha meninggal dunia pada Februari 2018 pada usia 65 tahun di Shah Alam akibat serangan jantung.

Terdahulu, sekitar Julai lalu, Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil berdepan episod hitam dalam hidup gara-gara pernah menjalin hubungan dengan suami orang selain dikecam sebagai perempuan kaki kikis. – K-ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI