fbpx

3 Mercedes Benz, sebuah Harley Davidson musnah dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran melibatkan sebuah kediaman di Bandar Baru Kangkar Pulai di sini hari ini.

JOHOR BAHRU – Tiga buah kereta jenis Mercedes Benz, sebuah motosikal Harley Davidson dan sebuah Perodua Myvi musnah dalam satu kebakaran di Bandar Baru Kangkar Pulai, Skudai, di sini malam awal pagi hari ini.

Itu antara kerugian dialami seorang ahli perniagaan apabila kediamannya terlibat dalam kebakaran yang berlaku pada pukul 3.31 pagi.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohamad Riduan Akhyar berkata, seramai 22 anggota beserta lima jentera digegaskan ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, anggota dan jentera berkenaan melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat Skudai serta Pekan Nanas.

“Kebakaran itu melibatkan sebuah rumah teres jenis kekal berkeluasan 22×70 kaki persegi yang musnah kira-kira 60 peratus.

“Turut musnah dalam kebakaran itu termasuklah empat buah kereta dan sebuah motosikal yang berjenama,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa penghuni kediaman berkenaan.

Difahamkan, mangsa dan ahli keluarganya beserta pembantu rumah mereka berjaya menyelamatkan diri dengan menggunakan pintu belakang untuk keluar dari kediaman berkenaan.

Tambah Mohamad Riduan, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan manakala operasi ditamatkan pada pukul 5.02 pagi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI