fbpx

Pemuda maut elak kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa daripada kenderaannya yang terbabas selepas mengelak kemalangan dua kenderaan di Kilometer 10.7 Lebuh Raya Persekutuan hari ini.

Oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI

SHAH ALAM – Seorang lelaki maut ketika cuba mengelak kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 10.7 Lebuh Raya Persekutuan di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.16 pagi, B. Vieswwa Ganesh, 30, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis Ford Focus dalam perjalanan ke Klang.

Katanya, setiba di lokasi kejadian didapati sebuah kereta jenis Toyota Camry dipandu lelaki berusia 33 tahun melanggar belakang lori dipandu lelaki 32 tahun dan berhenti di tengah jalan.

“Mangsa yang berada di belakang cuba mengelak namun hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.

“Akibatnya, Vieswwa Ganesh meninggal dunia di lokasi kejadian selepas parah di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Baharudin, dua lagi pemandu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI