fbpx

Mayat mangsa dibaham buaya dijumpai terputus dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan mengerikan selepas terputus dua akibat dibaham seekor buaya pada Selasa lalu.

MIRI – Mayat warganegara Indonesia yang dipercayai dibaham buaya Selasa lalu telah ditemui dalam keadaan mengerikan selepas badannya terputus dua di Sungai Bilat di sini, pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mayat mangsa telah dijumpai sekitar pukul 9.15 pagi oleh pekerja Sarawak Land Shipyard di dalam parit besar di hadapan pintu masuk utama.

“Mayat mangsa  yang dikatakan telah dibaham buaya tempoh hari telah disahkan oleh ahli keluarganya

“Keadaan mayat ada terputus dua dan bahagian kepala sehingga dada telah dijumpai,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa dikenalpasti sebagai Muhammad Syopyan Nasution, 24, yang bekerja di sebuah kilang papan lapis.

Pada Selasa lalu, mangsa telah keluar bersama rakannya secara sembunyi-sembunyi melalui saluran paip yang menyeberangi sungai tersebut untuk ke Emart Tudan sekitar pukul 9 malam.

Semasa meniti di atas saluran paip tersebut, mangsa tiba-tiba disambar seekor buaya dan kejadian tersebut disaksikan oleh rakan mangsa.

Gerakan pencarian awal dibuat sendiri oleh rakan-rakan mangsa namun mereka gagal menemui mangsa, sebelum membuat laporan polis semalam untuk bantuan pencarian.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI