fbpx

Kerajaan jamin 62 projek PR1MA diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida ketika sidang akhbar selepas majlis perasmian pejabat Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Melaka di Taman Klebang Utama, Klebang. -Foto oleh RASUL AZLI SAMAD

MELAKA – Kerajaan memberi jaminan pembinaan kesemua 62 buah projek Perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang sebelum ini dilaporkan terbengkalai di seluruh negara akan diteruskan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datin Zuraida Kamaruddin berkata, kesemua projek tersebut diteruskan memandangkan proses pembinaan telah mencapai 15 peratus.

Katanya, bagaimanapun sebanyak 32 projek PR1MA yang masih belum memasuki fasa pembinaan terpaksa dihentikan.

“PR1MA telah bekerjasama dengan kontraktor dan rakan kongsi untuk menyelesaikan rundingan penamatan.

“Pampasan akan dibuat berdasarkan kerja-kerja yang telah dijalankan untuk pembangunan berkenaan dan disahkan oleh perunding luar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pejabat Penggerak Komuniti Negara (PKN) di Taman Klebang Utama, di sini, hari ini.

Jelasnya, kerajaan yakin perjanjian penamatan itu dapat dibuat secara harmoni dan PR1MA juga akan mematuhi syarat dan ketentuan seperti yang dinyatakan membabitkan pembeli yang terjejas.

Turut hadir ialah Pengerusi PKN negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan Timbalan Pengerusi PKN negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Bagi negeri Melaka, Zuraida memberitahu sebanyak lapan projek akan ditamatkan manakala enam daripada 14 projek keseluruhan akan diteruskan.

Mengulas lanjut beliau berkata, permohonan bagi projek Perumahan PRIMA masih dibuka kepada yang berminat meskipun tanpa projek-projek terbaharu.

“Permohonan PRIMA masih dibuka sehingga Mei 2021 dan saya boleh katakan permintaannya sangat baik sepanjang tempoh Covid-19 ini.

“Kebanyakan permohonan yang diterima dan diluluskan ialah membabitkan golongan muda, menerusi Home Ownership Campaign (HOC),” katanya.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI