fbpx

Azwan Ali, Micheal Ang gamatkan Lagu Cinta Kita 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN hos dan juri program Lagu Cinta 2.

DIADAPTASI daripada program hiburan popular dari Korea Selatan, Love At First Song, program ‘music dating’ yang dinamakan sebagai Lagu Cinta Kita versi Malaysia kembali dengan musim ke-2.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, program realiti nyanyian tersebut bakal menampilkan para peserta yang sangat sesuai untuk disatukan dengan pilihan lagu paling tepat dengan personaliti mereka.

“Saya pasti rancangan ini akan berjaya menjodohkan lagu dan cinta antara dua insan,” katanya.

Sama seperti musim pertama, Lagu Cinta Kita tahun ini akan menampilkan 36 orang peserta yang dipadankan menjadi 18 pasangan duet.

Seperti biasa, peserta tidak akan mengetahui siapakah pasangan duet masing-masing sehingga berada di atas pentas.

DARI kiri. Azwan Ali, Elly, Mas Idayu dan Hael Husaini.

Tahap tinggi

Dalam majlis sidang media yang dijalankan secara dalam talian baru-baru ini, Penerbit Eksekutif Lagu Cinta Kita musim kedua, Muhamad Sufian Che Isa berkata, seperti musim lalu, Lagu Cinta Kita hanya disiarkan dalam platform digital kecuali peringkat akhir yang disiarkan menerusi televisyen.

“Tahun ini produksi Lagu Cinta Kita telah membawa program ini ke satu tahap lebih tinggi untuk siaran televisyen dengan format program yang sama seperti musim lalu,” katanya.

Untuk musim kedua, Lagu Cinta Kita menampilkan Elly Mazlien sebagai hos dan akan digandingkan dengan pasangan hos berlainan iaitu Michael Ang dan Azwan Ali.

Masih mengekal Hael Husaini sebagai juri tetap. Bezanya juga, tahun ini Hael bergandingan dengan Mas Idayu di kerusi juri. Mereka akan ditemani seorang juri jemputan pada setiap episod.

Untuk musim musim kedua, Hael mengharapkan mutu persembahan peserta lebih mantap berbanding musim terdahulu.

“Peserta perlu lebih bersedia kerana saya mencari pasangan duet yang mempunyai keharmonian dan keserasian ketika membuat persembahan,” katanya.

Penyanyi dangdut, Mas Idayu pula mengekalkan karakter sama sewaktu menjadi juri dalam program realiti lain.

“Saya akan jadi diri sendiri dan menekankan aspek keserasian kepada setiap pasangan duet.” katanya teruja.

Untuk musim pertama, Lagu Cinta Kita telah menobatkan pasangan duet, Naqi Nasri dan Nur Ayuni Sapuan sebagai juara. Lebih menarik, keserasian yang disemai menerusi program berkenaan juga memutikkan cinta antara mereka sehingga ke jenjang pelamin.

Pasangan duet itu dilaporkan telah berkahwin pada 25 Julai 2020 dan kini mengusahakan bisnes barangan penjagaan diri dan kosmetik.

Mereka juga memiliki single berjudul Lagu Cinta Kita yang merupakan lagu runut bunyi untuk drama bersiri Pink Smile.

Lagu Cinta Kita 2 bakal bersiaran secara langsung menerusi TV3 bermula 8 November 2020, setiap Ahad, pukul 9.00 malam.

Juara bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000, tempat kedua (RM30,000) dan tempat ketiga (RM20,000). Tempat keempat dan kelima juga tidak berputih mata, masing-masing akan pulang wan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI