fbpx

Savadori ambil alih tempat Smith pacu Aprilia pada MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAVADORI akan menggantikan tempat Smith yang sebelum ini mengambil alih posisi Iannone kerana digantung daripada perlumbaan MotoGP akibat doping.

LONDON – Pelumba uji Ap­rilia, Lorenzo Savadori akan menggantikan tempat Bradley Smith dalam baki tiga perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Savadori dinobatkan juara perlumbaan Superbike Itali CIV selepas memenangi enam perlumbaan dan naib juara dua kali bersama jentera Ap­rilia RSV4 bersama pasukan Nuova M2 Racing team.

Aksi cemerlang tersebut menyebabkan Aprilia me­manggil Savadori untuk menggantikan tempat Smith yang sebelum ini mengambil alih posisi Andrea Iannone selepas digantung perlumbaan akibat doping.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Aprilia Racing yang memberikan pe­luang kepada saya untuk beraksi di pentas MotoGP. Saya akan melakukan persiapan yang rapi pada baki tiga pusi­ngan nanti,” katanya.

Savadori pernah menyertai perlumbaan SBK dari musim 2016 hingga 2018 bersama pasukan Aprilia dan rekod terbaiknya adalah menamatkan tempat keempat.

Sudah pasti kehadiran Savadori membuka peluang kepadanya untuk menggantikan tempat Iannone pada musim 2021 sekiranya mampu memperoleh keputusan positif dalam baki tiga perlumbaan di MotoGP.

Ketika ini, beberapa nama dikaitkan menyertai pasukan Aprilia antaranya Smith, Cal Crutchlow termasuk Andrea Dovizioso. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI