fbpx

‘Moga ada keajaiban wahai suamiku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Faeza perlu memberi perhatian penuh kepada suaminya yang terlantar sakit di rumahnya di Kampung Limau Manis, Sepang semalam.

SEPANG – “Moga ada keajaiban,” kata Nor Faeza Kamarulzaman, 34, mengenai keadaan suaminya, Noriduan Omar yang terlantar sejak lebih sebulan lalu selepas ditimpa kemalangan ketika ke tempat kerja pada 10 Ogos lalu.

Noriduan, 36, merupakan bekas juruelektrik di Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM), Putrajaya kini hanya mampu terlantar di atas katil dan memerlukan penjagaan rapi.

Akibat kemalangan itu, bahagian depan tempurung kepala­nya terpaksa dibuang akibat mengalami pendarahan susulan hentakan kuat selepas terjatuh.

Insiden terbabit juga me­­­n­ye­­babkan Noriduan terpaksa dibedah untuk membuang darah beku di bahagian kiri otaknya selain kaki kirinya turut dimasukkan besi kerana patah.

Situasi berkenaan mengakibatkan Nor Faeza yang juga suri rumah perlu memberi sepenuh perhatian dan penjagaan rapi terhadap suaminya di samping menjaga empat anak mereka yang masih kecil.

Katanya, sebak juga melihat keadaan suami tetapi dia harus cekal dan kuat dalam menghadapi cabaran ini.

“Apa yang penting, saya mahu lihat suami dapat pulih seperti sedia kala. Alhamdulillah, selepas menjalani beberapa rawatan, dia telah menunjukkan tanda positif.

“Suami juga sudah boleh berjalan sedikit tetapi tidak boleh lama kerana dia akan berasa sa­kit dan kepala akan berdenyut.

Nor Faeza yang tinggal di Kampung Limau Manis, Sepang berkata, tanpa sokongan keluarga tidak mungkin dia boleh kekal kuat seperti ini.

Orang ramai yang ingin me­nyumbang boleh berbuat demikian dengan menghubungi Nor Faeza di talian 019-651 0616 atau menerusi akaun Maybank 16283 4205105.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI