fbpx

MPOB berjaya hasilkan formulasi margerin baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah berjaya menghasilkan formulasi marjerin dengan lemak struktur berasaskan sawit yang sesuai untuk suhu refrigerasi dan tanpa refrigerasi.

Formula tersebut telah ditemui oleh sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Sivaruby Kanagaratnam.

Menurut Sivaruby, formulasi marjerin itu boleh digunakan pada julat suhu besar iaitu dari 5 darjah Celsius hingga 35 darjah Celsius.

Ini bermakna, marjerin refrigerasi boleh digunakan terus dari peti sejuk dan tidak menga­lami pemisahan minyak pada suhu penggunaan.

Marjerin tanpa refrigerasi pula mempunyai takat le­bur le­bih tinggi kerana ia disimpan dan digunakan dalam julat suhu 25 darjah Celsius hingga 35 darjah Celsius.

Produk itu boleh mengeras jika disimpan pada suhu rendah daripada 10 darjah Celsius.

“Oleh itu, kedua-dua jenis marjerin ini memerlukan dua jenis adunan minyak berbeza untuk memenuhi suhu penyimpanan berbeza,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Sivaruby menjelaskan, mar­jerin ciptaan MPOB ini diformulasikan dengan lemak khusus berasaskan sawit dan lemak ini berupaya membentuk jaringan kristal minyak untuk pengstrukturan produk marjerin refrigerasi dan tanpa refrigerasi, menjadikannya sangat berbeza daripada segi fizikal dan kimia.

Selain itu, formulasi marjerin ini adalah 100 peratus berasaskan tumbuhan, lebih efektif daripada segi kos kerana tidak memerlukan penyejukan.

“Justeru itu, ia dapat men­jimatkan kos pengangkutan dan penyimpanan.

Kilang yang mempunyai kelengkapan asas dengan suhu bilik 25 darjah Celsius sudah mencukupi untuk menghasilkan marjerin ini.

“Oleh itu, pengilang marjerin digalakkan untuk mengkomersialkan marjerin yang diformulasikan oleh MPOB,” terangnya.
Selain itu, ia juga merupakan produk nilai tambah kepada marjerin sedia ada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI