fbpx

Juve masih kental tanpa Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASRAT untuk melihat Ronaldo bertembung semula dengan musuh tradisi, Messi pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium Allianz tidak kesampaian akibat pandemik Covid-19.

TURIN – Ketua jurulatih Juventus, Andrea Pirlo kekal positif dengan keupayaan pasukannya menjelang aksi getir menentang Barcelona pada saingan Liga Juara-Juara di Stadium Allianz meskipun tanpa kelibat pe­nyerang utama, Cristiano Ronaldo.

Sebagai rekod, Ronaldo dijangka tidak beraksi pada aksi menentang kelab gergasi La Liga itu kerana masih lagi positif Co­vid-19 sejak dua minggu lalu, sekali gus terlepas peluang untuk bersemuka dengan seteru tradisi, Lionel Messi.

Kini, Pirlo sudah mempunyai percaturan tersendiri dalam u­saha meraih kemenangan ke atas skuad kendalian Ronald Koeman itu, meskipun pasukannya gagal mempamerkan rentak konsisten pada kempen Serie A musim ini.

“Secara jujur, saya tidak terlalu risaukan pertemuan menentang Barcelona kerana apa yang pen­ting pasukan fokus dengan setiap taktikal dan strategi bagi mengekang asakan Barcelona.

“Namun, saya akui ketiadaan ramai pemain utama yang mengalami kecederaan khususnya Ronaldo tidak menjejaskan pe­rancangan kami tetapi apa yang boleh saya lakukan ketika ini adalah kekal positif dan memberi keyakinan terhadap pemain sedia ada,” katanya.

Sementara itu, pemain sayap The Old Lady, Juan Cuadrado mengakui kekuatan pasukan ketika ini tidak sama seperti ketika Ronaldo berada dalam kesebelasan utama kerana aura pemain itu boleh menggerunkan lawan.

“Jika Ronaldo dapat bersama kami, dia boleh menaikkan semangat rakan-rakan sepasukan dan kehadirannya di atas padang sudah pasti memberi ketakutan buat benteng pertahanan lawan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI