fbpx

Bayar ikat jamin guna wang hantaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBRAHIM (tengah) diiring masuk ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas pertuduhan rasuah RM8,000 semalam.

KOTA BHARU – “Saya mohon Mahkamah Sesyen mengurangkan ikat jamin memandangkan anak guam saya akan menggunakan wang hantaran dan belanja kahwin untuk membayarnya.”

Itu rayuan peguam, Mohamed Yazzer Azzad Zainuddin sebaik Timbalan Pendakwa Raya, Noor Hamizah Ghazali mencadangkan ikat jamin sebanyak RM20,000 ke atas tertuduh, Sarjan Ibrahim Sabdi @ Azman, 27.

Hakim Zaman Mohd. Noor kemudian mengurangkan jaminan kepada RM16,000 dengan syarat pasport tertuduh diserahkan dan perlu melaporkan diri di Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) Kota Bharu setiap bulan.

Sebelum itu, Ibrahim yang telah berkhidmat selama empat tahun bersama Polis Diraja Malaysia menghadapi tuduhan makan suap sebanyak RM8,000 pada April lalu.

Ibrahim yang bertugas sebagai penolong pegawai penyiasat narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh didakwa me­nerima RM4,000 daripada Mohd. Khairul Azwani Mohamed Nor, 34, pada pukul 1 petang 7 April lalu di Bahagian Narkotik IPD Pasir Puteh.

Ia sebagai dorongan untuk melepaskan Mohd. Radzi Abd. Ghani, 40, yang ditangkap mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun.

Pertuduhan kedua pula, Ibrahim didakwa sekali lagi mene­rima suapan sebanyak RM4,000 daripada Khairul Azwani di lokasi sama kira-kira pukul 8 malam keesokan harinya.

Ibrahim bagaimanapun me­ngaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Dalam rayuannya, Moha­med Yazzer mengatakan anak guam­nya bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan Disember ini.

“Wang ikat jamin itu akan dibayar oleh ibu saudara tertuduh,” rayunya sambil menambah Ibrahim akan hadir bicara kerana dia masih lagi bertugas sebagai anggota polis.

Kes akan disebut semula pada 29 November depan. Tertuduh membayar jumlah ikat jamin itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI