fbpx

19 maut, 60 cedera dalam serangan misil Armenia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK setempat berdiri di sisi sebuah kereta yang musnah dalam bedilan tentera Armenia ke atas Barda di Azerbaijan pada 9 Oktober lalu. - AFP

BAKU, Azerbaijan – Azerbaijan menyatakan hari ini bahawa serangan peluru berpandu Armenia yang mengenai bandar Barda dekat wilayah bergolak Nagorno-Karabakh telah mengorbankan 19 penduduk awam, namun Yerevan menafikan melancarkan serangan itu.

Penasihat Presiden Azerbaijan, Hikmet Hajiyev berkata, tentera Armenia melancarkan beberapa peluru berpandu Smerch ke arah Barda dengan pejabat pendakwa raya mengumumkan 19 orang awam terbunuh dan 60 yang lain cedera.

Terdahulu, pihak berkuasa Azerbaijan mengumumkan jumlah kematian akibat serangan itu adalah 14 orang.

Sementara itu, jurucakap kementerian pertahanan Armenia, Shushan Stepanyan menafikan dakwaan Baku.

“Kenyataan Kementerian Pertahanan Azerbaijan bahawa Angkatan Bersenjata Armenia menyerang bandar Barda dengan peluru berpandu Smerch adalah tidak berasas dan salah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Semalam empat orang awam termasuk seorang kanak-kanak dilaporkan mati dalam serangan peluru berpandu Armenia di sebuah kampung di Barda tetapi Yerevan turut menafikan melancarkan serangan itu.

Lebih 100 orang awam daripada kedua belah pihak terbunuh sejak pertempuran meletus pada 27 September lalu antara tentera Azerbaijan dan Armenia dalam konflik yang berlarutan selama puluhan tahun untuk menguasai Nagorno-Karabakh.

Kedua-dua belah pihak saling melemparkan tuduhan bahawa pihak satu lagi gagal menghormati perjanjian gencatan senjata yang dianjurkan oleh Rusia, Perancis dan Amerika Syarikat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI