fbpx

7 maut letupan di sekolah agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA pasukan keselamatan memeriksa lokasi letupan di sebuah sekolah agama di Peshawar hari ini. - AFP

PESHAWAR, Pakistan – Sekurang-kurangnya tujuh pelajar terbunuh dan sebilangan yang lain cedera dalam letupan bom di kelas pendidikan al-Quran sebuah sekolah agama di barat laut Pakistan hari ini, kata beberapa pegawai.

Pegawai kanan polis, Waqar Azim berkata, lebih 60 orang sedang belajar ketika letupan berlaku di madrasah berkenaan di Peshawar, kira-kira 170 kilometer ke barat Islamabad.

“Letupan berlaku semasa kelas al-Quran. Seseorang dilihat meletakkan sebuah beg di dalam madrasah,” kata Waqar kepada agensi berita AFP.

Katanya, individu yang membawa beg itu meninggalkan dewan kuliah sebelum letupan berlaku.

Seorang lagi pegawai polis, Mohammad berkata, sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh manakala lebih 50 mangsa cedera dalam serangan itu.

Angka kematian tersebut disahkan oleh jurucakap hospital tempatan, Mohammad Asim Khan yang menambah, tujuh mayat dan 70 orang yang cedera dibawa ke hospital itu.

“Sebilangan besar mangsa yang terkorban dan cedera akibat terkena bebola besi dan sesetengahnya melecur teruk,” katanya.

Semua mangsa yang meninggal dunia merupakan lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun, manakala guru dan kanak-kanak lelaki berumur 7 tahun adalah antara yang cedera.

Belum ada kumpulan mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu setakat ini.

Letupan berlaku selepas situasi di Pakistan tenang selama beberapa bulan.

Bandar Peshawar pernah menjadi pusat keganasan militan di negara itu dengan militan-militan menyasarkan pasukan keselamatan dan tempat awam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI