fbpx

PM Bulgaria positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Borisov. - AFP

SOFIA, BULGARIA – Perdana Menteri Bulgaria, Boiko Borisov disahkan dijangkiti Covid-19 semalam.

“Selepas menjalankan ujian saringan sebanyak dua kali, hari ini (semalam) saya disahkan positif Covid-19,” tulisnya dalam laman Facebook.

Selain itu, beliau mengalami simptom yang ringan dan akan menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Borisov, 61, mula menjalani kuarantin kendiri di rumah sejak Jumaat lalu selepas bertemu dengan Timbalan Menteri Pembangunan Wilayah yang disahkan positif Covid-19.

Sementara itu, Pejabat Kesihatan Wilayah Sofia menarik balik arahan kuarantin Borisov selepas dua ujian saringan yang dijalankan sebelum ini negatif.

Bagaimanapun, Borisov berkata, beliau akan terus menjalani kuarantin dan menangguhkan kesemua mesyuarat kerajaan serta program bersama masyarakat yang akan dihadirinya sejak Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Presiden Bulgaria, Rumen Radev terpaksa mengehadkan tempoh lawatan ke Estonia awal minggu ini selepas berhubung rapat dengan seorang jeneral tentera udara yang didapati positif Covid-19.

Radev bagaimanapun telah kembali bertugas selepas dua ujian saringan yang dilakukannya didapati negatif.

Bulgaria yang mempunyai penduduk kurang 7 juta orang menghadapi gelombang pertama koronavirus dengan baik, namun jumlah jangkitan meningkat dengan mendadak sejak beberapa minggu lalu mencecah lebih 37,500 kes dan 1,084 kematian.

Khamis lalu, kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam termasuk dalam pengangkutan awam sebagai usaha mengekang jumlah jangkitan yang mampu melumpuhkan sistem kesihatan negara terbabit. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI