fbpx

[VIDEO] Kediaman PM jadi tumpuan media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak media berkumpul di kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara malam tadi.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan satu pertemuan bersama beberapa Jemaah Menteri di kediamamnya di Bukit Damansara di sini, malam tadi.

Pertemuan berkenaan dipercayai susulan keputusan Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, petang tadi.

Antara menteri kanan yang dilaporkan hadir ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri, Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Kesemua kenderaan yang membawa jemaah menteri itu meninggalkan kediaman Muhyiddin kira-kira pada pukul 11.20 malam.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat berhubung perbincangan tersebut.

Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam satu kenyataan, memaklumkan hasil perbincangan dengan Raja-Raja Melayu hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini buat masa ini.

Katanya, baginda merasakan kerajaan ketika ini berjaya menangani wabak Covid-19 dengan baik dan berkesan.

Selain itu, katanya, Al-Sultan Abdullah juga bertitah menggesa ahli politik untuk menghentikan segera politik berlebihan yang boleh mengganggu kestabilan negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI