fbpx

Danial Amier mampu jadi bintang JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DANIAL AMIER (tengah) dikatakan tidak akan berdepan sebarang masalah untuk cuba merebut tempatnya dalam skuad utama JDT pada saingan musim depan. – FELDA UNITED

TONGGAK Felda United, Muhammad Danial Amier Norhis­ham memiliki kualiti setanding dengan barisan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas sah menyertai kelab itu untuk sai­ngan Liga Malaysia musim depan.

Pandangan itu disuarakan bekas pengendali The Fighters, B. Sathianathan yang percaya Danial Amier, 23, tidak mempunyai masalah untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama JDT.

Ia berdasarkan peningkatan mendadak ditunjukkan Danial Amier sejak diberi peluang bersama Felda United pada tahun 2017 sehingga berjaya menunjukkan kematangan di atas padang.

“Saya gembira melihat Danial Amier berjaya sehingga dipan­cing JDT. Sepanjang dua tahun membimbing dia di Felda United, saya tidak pernah mempunyai masalah dengan komitmennya.

“Walaupun diberi peluang seawal usia 19 tahun, namun dia menunjukkan kualiti dan ketenangan di atas padang sehingga­ mengatasi pemain-pemain lebih senior di posisi tersebut.

“Saya berharap dia dapat buktikan keupayaan bersama JDT. Saya percaya dia tidak mempunyai masalah untuk merebut kesebelasan utama di sana,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sathianathan, 62, mendedahkan, beliau pernah berusaha menandatangani khidmat pemain tengah Harimau Malaya itu ketika­ menjadi ketua jurulatih Selangor sebelum ini tetapi usahanya terbantut disebabkan klausa bernilai RM1 juta.

“Saya memang mahu bawa Danial Amier ke Selangor, namun klausa pelepasan diletakkan Felda United agak tinggi. Saya juga difahamkan JDT sudah lama merisik khidmatnya dan sudah tentu dia memilih ke kelab itu berbanding Selangor,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI