fbpx

1,200 orang terlibat sidang DUN jalani saringan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seramai 1,200 orang dijangka menjalani ujian saringan Covid-19 sempena Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor (DUN) Tahun 2020 yang berlangsung selama dua hari, bermula semalam.

Saringan yang dijalankan di lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor itu merupakan kerjasama Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (SPBT) dan klinik SELCARE.

Mereka yang terlibat membuat saringan termasuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pegawai tertinggi pentadbiran negeri, wakil jabatan negeri, badan-badan berkanun/penguasa-penguasa tempatan dan kakitangan pejabat DUN.

Selain itu, semua petugas yang terlibat dengan persidangan termasuk petugas teknikal, petugas media, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga hadir membuat saringan tersebut.

Saringan itu penting bagi memastikan semua yang terlibat dalam Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor (DUN) bebas pandemik Covid-19 sekaligus memastikan kelancaran sidang DUN pada Jumaat ini.

Pihak SUK memaklumkan semua maklumat dan hasil saringan akan diketahui selewat-lewatnya Rabu ini.

Terdahulu, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 7 Oktober lalu bersetuju agar sidang DUN yang dijadualkan bermula Jumaat ini diteruskan mengikut jadual.

Ini bagi memastikan urusan berkaitan pengurusan kewangan dan pentadbiran kerajaan negeri bagi tahun 2021 adalah teratur mengikut peraturan dan perundangan yang sedang berkuatkuasa.

Sidang DUN kali ini dijangka akan membahaskan isu air dengan pemindahan enakmen Lembaga Urus Air Selangor.

Ini termasuk dari segi hukuman denda yang ditingkatkan daripada RM100,000 kepada minimum RM200,000 sehingga RM1juta kepada pelaku yang mencemarkan sumber air mentah. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI