fbpx

Objek menyerupai bom dalam kebun getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Objek menyerupai bom ditemui di kebun getah di Felda Mata Ayer hari ini.

KANGAR – Penduduk kampung digemparkan dengan penemuan satu objek menyerupai bom di sebuah kebun getah di Felda Mata Ayer dekat sini hari ini.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, anggota bergegas ke lokasi tersebut selepas menerima laporan berhubung kejadian.

Kata beliau, kawasan itu kini di bawah pengawasan polis yang mana orang awam tidak dibenarkan masuk.

“Kami telah meminta Unit Pemusnah Bom untuk masuk pada pagi esok memandangkan hari sudah malam.

“Terdapat anggota yang mengawal kawasan itu dan tidak membenarkan orang luar masuk,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI