fbpx
Imej bertarikh 19 April 2016 menunjukkan pihak berkuasa membakar sejumlah gading gajah haram yang dirampas daripada kumpulan pemburu haram di bandar Yaounde, Cameroon. – AFP

Cameroon tahan penyeludup, rampas 118 gading gajah haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAOUNDE, Cameroon – Pihak berkuasa Cameroon menahan empat penyeludup yang cuba membawa keluar 118 gading gajah di selatan negara itu, kata pihak berkuasa kelmarin.

Kumpulan itu sudah menyeludup hampir 675 kilogram (kg) kargo haram dari negara jiran, Gabon yang juga merupakan habitat asal kepada lebih separuh gajah liar Afrika.

Mereka menyorok barangan seludup itu di dalam satu ruang tersembunyi di bawah sebuah van, lapor stesen televisyen rasmi negara itu.

Ini adalah rampasan terbesar penyeludupan gading gajah di negara Afrika Barat itu sejak lima tahun lalu, kata pegawai kastam, Jean-Claude Ekoube kepada agensi berita AFP.

Penyeludupan gading gajah semakin berleluasa susulan permintaan tinggi dari negara Asia dan Asia Barat untuk kegunaan perubatan tradisional.

Gading juga dijadikan aksesori fesyen wanita seperti sikat, loket dan barang kemas lain.

Perdagangan antarabangsa melibatkan gading gajah sudah diharamkan sejak tahun 1989 .

Langkah itu dibuat selepas jumlah haiwan itu di Afrika susut dari berjuta-juta ekor pada abad ke-20 kepada 600,000 ekor pada akhir dekad sama. – AFP

POPULAR