fbpx

Ain Edruce dah hamil?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIN EDRUCE

AGAK jarang sebenarnya Diva mendengar cerita tentang pengacara tinggi lampai, si Ain Edruce.

Namun, baru-baru ini ramai yang mengucapkan tahniah kepadanya dalam ruangan komen satu hantaran video di Instagramnya baru-baru ini.

Selidik punya selidik, rupa-rupanya mereka ternampak baby bump Ain dalam video tersebut.

Wah! Betulkah sudah hamil? Diva memang seorang yang sangat teruja bila ada artis wanita yang hamil.

Tambah-tambah lagi artis yang gila-gila macam Ain. Elok sangatlah kalau sudah bersedia untuk menimang cahaya mata, lagi kecohlah rumah mereka berdua. Bukankah anak pengikat kasih!

Difahamkan, setakat ini tiada pengesahan atau penafian daripada pihak Ain dan suami tentang kehamilan tersebut.

Kalau boleh jangan diasak sangat soalan tentang anak kepada mereka. Kalau hamil, pasti akan mereka kongsikan satu masa nanti.

Diva faham, soal anak sangat sensitif kepada sesetengah pasangan yang sudah berkahwin.

Apapun, Diva doakan yang baik-baik buat Ain dan suami. Kalau benar sudah hamil, jangan lupa kongsikan kepada semua ya!

DIVA: Tahniah kepada Farah Nabilah selamat melahirkan bayi sulung. Tak sabar nak lihat wajah bayi comel mereka nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI