fbpx

Presiden Poland positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Andrzej Duda

WARSAW – Presiden Poland, Andrzej Duda didapati positif terkena jangkitan koronavirus, menurut salah seorang pembantunya semalam.

“Tuan-tuan dan puan-puan, seperti disyorkan Presiden @AndrzejDuda sudah menjalani ujian semalam (kelmarin) untuk mengesan kehadiran koronavirus. Keputusan menunjukkan beliau positif. Presiden kini berada dalam keadaan baik,” kata Setiausaha Negara di Pejabat Presiden, Blazej Spychalski menerusi satu perkongsian di Twitter.

Setakat ini, masih tiada maklumat jelas bagaimana Duda terkena jangkitan Covid-16.

Beliau ada menghadiri satu forum pelaburan di Tallinn pada Isnin lalu dan bertemu Presiden Bulgaria, Rumen Radev yang kemudiannya menjalani kuarantin.

Poland memasuki fasa zon merah perintah berkurung semalam termasuk penutupan sebahagian sekolah rendah serta restoran.

Langkah itu dibuat pada ketika negara Kesatuan Eropah dengan populasi penduduk seramai 38 juta orang menyaksikan catatan sebanyak 13,632 kes koronaavirus dalam tempoh 24 jam kelmarin.

Rakyat Poland diminta bekerja dari rumah jika boleh dan sebahagian sekolah rendah ditutup, cuma membenarkan murid gred satu hingga tiga menghadiri kelas.

Pelajar sekolah menengah dan universiti sudah memulakan pelajaran jarak jauh sejak seminggu lalu. Semua warga emas berumur 70 tahun perlu tinggal di rumah.

Perhimpunan ramai dihadkan kepada lima orang dan semua majlis perkahwinan kini dilarang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI