fbpx

Radhi OAG kongsi lara lembah hitam dalam radio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radhi OAG

SEUNIK namanya, ManthulFm, platform radio digital yang ditubuhkan dengan matlamat menarik perhatian pendengar tersebut juga menyasarkan kandungan tersendiri.

Perkataan ‘manthul’ sendiri telah memberikan keunikan tentang kewujudan radio atas talian itu dengan menggunakan bahasa ‘slanga’ yang kerap diguna pakai terutamanya oleh netizen.

Berbekalkan semangat dan iltizam untuk terus pulih daripada ketagihan dadah, ManthulFm cetusan idea daripada Muhammad Radhi Razali atau lebih dikenali dengan nama Radhi OAG sebenar platform jana peribadi buat Radhi.

Bertindak sebagai tunjang penubuhan radio berkenaan, Radhi terpanggil membina ManthulFm bukan sahaja untuk berkongsi pengalaman sendiri, tetapi lebih ke arah memberi kesedaran kepada masyarakat.

“Saya dibantu beberapa kenalan me­lancarkan ManthulFm sejak 10 Oktober lalu.

“Slot yang saya kendalikan mengupas pengalaman sendiri dan beberapa individu lain yang pernah terjebak dengan penagihan dadah,” ujarnya.

MENERUSI ManthulFm, Radhi bersiaran dalam segmen Motivasi Pagi setiap pukul 6.30 hingga 10.30 pagi setiap hari.

Suntik semangat

Menurut Radhi, perkongsian kesilapan -kesilapan lalu sentiasa menjadi impian untuk menyebarkan mesej positif tentang perihal pemulihan dadah selepas pernah tersesat dalam lembah gelap.

Kata penyanyi yang cukup popular dengan lagu berjudul Slumber itu, idea penubuhan ManthulFm terhasil berkat dorongan dan sokongan daripada keluarga, sahabat dan peminat yang tidak henti-henti optimis perjalanan kariernya.

Bercakap tentang visi ‘Radio Online Rehab Sosmed Anda’ yang diangkat sebagai tanda dagang radionya, kata Radhi, ManthulFm fokus mahu menyebarkan kebaikan melalui ‘infotainment’ serta menyuntik semangat positif buat pendengar.

“Banyak yang saya ingin kongsikan tentang perjalanan hitam putih saya dalam kehidupan, karier, kesan mudarat dan manfaat yang dilalui dari mula hingga sekarang,” katanya.

Dalam satu perkongsian di Instagram, Radhi memberitahu, pemilihan nama ManthulFm dibuat kerana mempunyai maksud yang baik.

“Manthul (mantul) diambil daripada perkataan pantulan.

MANTHULFM kini beroperasi sebagai radio atas talian.

“Maksudnya, kalau kita berbuat baik dan berdoa kepada sesiapa sahaja, insya-Allah kita juga akan mendapat pantulan yang baik,” jelas Radhi.

Seiring harapan membawa kebaikan seiring era komunikasi digital, ManthulFm juga tidak mahu tidak ketinggalan dan sentiasa bersifat terkini.
ManthulFm mempunyai empat segmen utama antaranya Motivasi Pagi bermula 6.30 pagi hingga 10.30 pagi yang turut dikendalikan bersama anaknya, Aishah serta seorang tetamu undangan serta segmen Saudagar Dunia Akhirat dan Lex Lu.

Ujarnya lagi, ManthulFm diwujudkan bukan untuk memberi saingan pada ste­sen radio lain yang lebih besar, sebaliknya dia tidak mahu ketinggalan menyebarkan kebaikan melalui kaedah terkini.

“Semoga makhluk seluruh alam kekal menyebarkan kebaikan,” katanya.

Dengan iringan doa serta usaha, ManthulFm memasakkan cita-cita untuk menjadi salah satu radio atas talian yang disukai ramai, di Malaysia mahupun di luar negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI