fbpx

Peniaga online rugi RM62,000 ditipu permainan online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorzainy

SEBERANG PERAI – Seorang peniaga online di Butterworth di sini kerugian lebih RM62,000 selepas dipercayai ditipu sindiket permainan online yang kononnya menawarkan pulangan berlipat ganda dalam tempoh singkat semalam.

Mangsa, wanita berusia 42 tahun itu mula terjerat dalam permainan melalui telefon pintar itu selepas berkenalan dengan seorang wanita melalui aplikasi Rela pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek yang baharu dikenalinya itu mengajak mangsa menyertai permainan yang dianjurkannya sambil menjanjikan keuntungan berganda dalam tempoh singkat.

“Mangsa yang kemudiannya berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp tertarik untuk menyertai permainan itu dan diminta membuat penambahan wang bagi tujuan meneruskan permainan.

“Dia yang berterusan diumpan dengan janji keuntungan awal berjumlah RM6,820 telah menambah wang permainan secara berperingkat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, tanpa mangsa sedari, dia telah melakukan 10 transaksi memasukkan wang ke dalam tujuh akaun bank diberikan suspek yang kesemuanya berjumlah RM 62,340 dalam tempoh kira-kira seminggu.

“Mangsa kemudiannya berasa ditipu setelah penganjur permainan tersebut gagal dihubungi dan dia membuat laporan polis semalam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI