fbpx

[VIDEO] Kanak-kanak jatuh dari kereta sedang bergerak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJADIAN seorang kanak-kanak terjatuh dari sebuah kereta yang sedang bergerak di Kangar pada pagi tadi tular di Facebook hari ini.

KANGAR – “Macam nak luruh jantung,” demikian kata seorang wanita apabila ternampak seorang kanak-kanak terjatuh dari sebuah kereta dalam kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (perempuan) Kangar di sini hari ini.

Adybah Zafirah yang memuat naik rakaman video kejadian berdurasi seminit di akaun Facebook miliknya menunjukkan mangsa berusia antara dua hingga tiga tahun terjatuh dari kereta jenis Perodua Viva kira-kira pukul 8.54 pagi ini.

Dalam kejadian itu, suami Adybah dikatakan sempat memberhentikan kereta sebelum bergegas keluar untuk melihat keadaan kanak-kanak tersebut.

Dua individu dipercayai ibu bapa mangsa yang menyedari kejadian turut memberhentikan kereta dan berlari ke arah kanak-kanak terbabit yang berada di atas jalan raya.

Mangsa kemudian diangkat dan dibawa masuk semula ke dalam kenderaan berkenaan.

Adybah bersyukur kerana Allah melindungi kanak-kanak terbabit daripada kejadian yang tidak diingini.

“Mujur Allah lindungi budak itu dan mujur juga laki (suami) tak laju. Kalau tidak, tak tahu apa yang akan terjadi jika kena langgar.

“Mak dan ayah kena selalu beringat, tolong kunci pintu atau buat kunci kanak-kanak (child lock). Takut anak jatuh kereta macam ini,” katanya dalam status Facebook di sini hari ini.

Sehingga berita ini ditulis, video tersebut telah dikongsi 236 kali dan mendapat komen sebanyak 177 oleh warganet rata-rata bersyukur kerana mangsa selamat di samping menasihatkan ibu bapa untuk sentiasa mengunci pintu kereta apabila membawa anak kecil. – K! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

Kanak-kanak tercampak dari kereta. Kejadian dipercayai berlaku di Perlis. #perlis #jatuhkereta

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online) on

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI