fbpx

Chacha difitnah terlibat kegiatan haram buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chacha Maembong

KUALA LUMPUR – Akibat difitnah kononnya terlibat dalam sindiket penipuan Macau Scam dan kegiatan pengubahan wang haram, pelakon Chacha Maembong membuat laporan polis bagi membersihkan namanya.

Menurut Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail, laporan berhubung perkara itu telah dibuat di Balai Polis Seremban pada 20 Oktober lalu selepas mendapat nasihat daripada peguamnya.

“Tujuan laporan ini dibuat untuk menghentikan dan menafikan segala fitnah yang berleluasa tentang diri saya.

“Ia berkenaan isu Macau Scam termasuk mengenai tuduhan aktiviti pelacuran,” katanya menerusi satu entri dalam akaun Instagramnya semalam.

Kata pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan itu, dia akan memberi kerjasama sepenuhnya sekiranya dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Selain itu, saya akan mengambil tindakan terhadap individu yang telah memfitnah dan menyebarkan tuduhan tersebut.

“Tindakan susulan daripada pihak guaman akan dijalankan. Laporan yang dibuat berhubung kes ini kini sedang dalam ­siasatan, saya tidak akan membuat sebarang kenyataan sehingga siasatan pihak polis selesai,” ujarnya.

Terdahulu, dalam laporan ­Kosmo!, adik kepada pelakon Emma Maembong itu pernah menafikan pembabitannya dalam kes penipuan Macau Scam dan pengubahan wang haram.

Chacha difitnah selepas perniagaan yang dimulakannya didakwa menggunakan dana dari­pada individu yang dipercayai terlibat dalam kes ber­kenaan dan kini sedang dalam siasatan SPRM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI