fbpx
SEVENTEEN

Momentum juta-juta SEVENTEEN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENGULANG kejayaan album Heng:garæ, kumpulan SEVENTEEN terus memastikan karier mereka berada di landasan tepat dengan meluncurkan material terbaharu beberapa hari lalu.

Kumpulan itu melancarkan album terbaharu berjudul [Semicolon] pada 19 Oktober. Bagaimanapun, mereka mencipta rekod tersendiri apabila sehingga 16 Oktober lalu, tempah awal album berkenaan telah mencecah jualan sebanyak 1.1 juta unit.

Malah angka yang dicatatkan melebihi kutipan diraih album Heng:garæ sebanyak 1.06 juta unit ketika dilancarkan beberapa bulan lalu.

Ekoran kejayaan berturut-turut yang diraih, peminat menggelarkan SEVENTEEN sebagai artis million-sellers kerana berjaya mengekalkan rekod jualan melebihi sejuta unit.

“Sebab mengapa kami memilih judul [Semicolon] kerana mahu pendengar terutama golongan muda berasa bersemangat menjalani kehidupan yang penuh mencabar,” ujar SEVENTEEN.

Lebih mengujakan, kumpulan itu juga menempa rekod bagi artis berkumpulan yang berjaya mengutip jualan jutaan unit untuk dua buah album dalam masa setahun. Itu adalah sesuatu yang sangat dibanggakan peminat mereka.

Selain kejayaan rekod tersebut, peminat juga cukup teruja dengan kehadiran album [Semicolon] kerana menampilkan mesej dan sisi lebih matang kumpulan berkenaan, sekali gus mengukuhkan pengaruh mereka.

BERITA BERKAITAN