fbpx

KPM tangguh aktiviti sukan, kokurikulum, seminar dan bengkel di sekolah seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
keliling penangguhan aktiviti sukan, kokurikulum, seminar, bengkel serta aktiviti lain secara bersemuka yang dikeluarkan Pejabat Timbalan Pengarah Ketua Pelajaran Malaysia.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menangguhkan semua kegiatan sukan kokurikulum, seminar, bengkel dan taklimat membabitkan murid dan guru di seluruh negara susulan peningkatan kes Covid-19.

Perkara itu dimakluman menerusi pekeliling dikeluarkan Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia semalam.

Pekeliling berkenaan ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), Adzman Talib untuk perhatian semua Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri.

Berdasarkan pekeliling itu, KPM sudah mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah serta Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu.

“Garis panduan ini sebagai panduan kepada pihak sekolah bagi menjamin keselamatan serta kesihatan guru dan murid,” katanya.

KPM berkata, pihaknya menggalakkan program dan aktiviti dijalankan secara dalam talian dengan menggunakan teknologi serta kemudahan platform bersesuaian bagi membolehkan interaksi dua hala bersemuka dan berlaku secara dalam talian.

Pekeliling sama turut menegaskan bahawa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilaksanakan pada tahap maksimum dan memastikan keselamatan murid menjadi keutamaan dalam situasi pandemik Covid-19.

“KPM sentiasa memantau peningkatan kes Covid-19 dan arahan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember depan.

Buat masa ini, semua sekolah di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ditutup susulan arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI