fbpx

Arahan kerja dari rumah mengelirukan, bersifat diskriminasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Selangor dan Wilayah Persekutuan menyifatkan arahan kerja dari rumah oleh kerajaan sebagai mengelirukan dan bersifat diskriminasi

Setiausaha MTUC Bahagian Selangor dan Wilayah Persekutuan, Mohd. Faisal Husin berkata, tindakan untuk mengehadkan pihak pengurusan hanya memperlihatkan seolah-olah keselamatan pihak pengurus dan penyelia lebih penting daripada kakitangan lain.

“Jika (tindakan ini) bertujuan mengurangkan penularan wabak Covid-19 daripada merebak, tidak boleh ada diskriminasi di tempat kerja.

“Polisi ini mempunyai banyak kelemahan dan jelas menunjukkan kerajaan telah gagal mengambil pandangan pemegang taruh seperti kumpulan majikan dan wakil-wakil pekerja sebelum membuat peraturan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, pemilik dan operator perniagaan yang sepatutnya membuat keputusan untuk memilih kumpulan mana yang akan bekerja di rumah atau pejabat.

Jelasnya, arahan kerja dari rumah yang terpakai untuk kakitangan pengurusan dan penyeliaan yang kemudian diubah kepada membenarkan 10 peratus daripada mereka bekerja telah mendatang kekeliruan.

“Majlis Keselamatan Negara dan Menteri-menteri yang terlibat mesti kekal dengan satu set prosedur operasi standard (SOP) tanpa menukar arahan,” jelasnya.

Kosmo! semalam melaporkan, 776,135 orang pekerja dalam bidang pengurusan dan penyeliaan diwajibkan untuk bekerja dari rumah mereka bermula hari ini.

Bagaimanapun, kerajaan membenarkan maksimum 10 peratus pekerja merangkumi tugasan melibatkan perakaunan,kewangan, pentabiran, perundangan, perancangan dan teknologi maklumat dan komunikasi untuk bekerja di pejabat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI