fbpx

PdP online cara selamat elak penularan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMMAD SHATAR

KUALA LUMPUR – Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) online merupakan jalan selamat bagi mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) buat masa ini, sekali gus bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

 

Pengerusi majlis Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam Malaysia, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata proses penurunan ilmu tetap berlaku dan pentaksiran tetap dapat dilaksanakan melalui pembelajaran online.

“Walaupun tidak sebaik pembelajaran bersemuka, ini sahaja jalan selamat yang kita ada untuk mengelakkan penularan.

“Ilmu tidak semestinya boleh diperoleh di lapangan sahaja kerana ilmu boleh diterjemahkan dalam komunikasi dua hala secara online sebagai perkongsian proaktif dan dalam masa sama keselamatan diri terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau yang juga merupakan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, ia juga boleh dipakai dalam konteks penyelidikan kerana jadual dan kaedah penyelidikan akan menjadi lebih fleksibel.

Beliau berharap semua mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam dapat bersabar mengharungi cabaran Covid-19 dan tenaga akademia (pensyarah) pula perlu bertolak-ansur serta memahami masalah capaian Internet mahasiswa di luar kawasan bandar atau pedalaman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI