fbpx

JPN Sabah tutup operasi pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah menutup operasi pejabatnya di semua daerah zon kuning serta hijau berkuatkuasa esok.

Pengarah JPN Sabah, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata pihaknya mengambil keputusan berkenaan berikutan peningkatan kes Covid-19 di Sabah setiap hari.

“Selepas kita meneliti perkembangan dan situasi semasa penularan wabak Covid-19 di negeri ini, pihak pengurusan tertinggi JPN bersetuju dan memutuskan agar operasi semua pejabat JPN di Sabah ditutup mulai esok.

“Penutupan terkini ini melibatkan semua pejabat JPN Sabah di daerah yang berstatus hijau dan kuning.

“Ia termasuklah JPN Kota Marudu, Pitas,Telupid, Tongod, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom dan Nabawan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Khairrul Aminus berkata, keputusan itu diambil selaras arahan kerajaan berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikuatkuasakan di seluruh Sabah sebagai salah satu usaha jabatan dapat memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Bagaimanapun, beliau berkata, kelonggaran diberi kepada pelanggan yang mempunyai keperluan mendesak.

“Jika pelanggan mempunyai sebarang urusan atau kes kecemasan yang benar-benar perlu seperti kes kehilangan kad pengenalan, mereka boleh terus menghubungi JPN Sabah.

“Kita juga menasihatkan semua pelanggan supaya menangguhkan urusan di kaunter JPN sehingga tempoh pelaksanaan PKPB berakhir,” katanya.

Terdahulu, JPN Sabah menutup operasi semua pejabatnya yang terletak di kawasan dikategorikan zon merah Covid-19.

Sebelum ini, dilaporkan JPN Sabah telah menutup operasi di semua pejabatnya di kawasan zon merah.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI