fbpx

Jabatan Kesihatan Kelantan rampas makanan import tiada label

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Jabatan Kesihatan Negeri memeriksa sebanyak 70 jenis makanan import tanpa label yang dibawa masuk ke negara ini.

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri merampas sebanyak 70 jenis makanan tanpa label 105 metrik tan yang dibawa melalui kapal berjumlah RM 109,509 dalam operasi di pintu masuk negara.

Pengarahnya Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, kesemua makanan import itu dirampas di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor, Tumpat dan Bukit Bunga, Tanah Merah semasa Operasi Bersepadu Sempadan.

Menurutnya, setiap makanan yang masuk ke nagara ini perlu mematuhi Seksyen 4(13) Akta Makanan 1983 kerana kesalahan pelabelan yang tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Justeru, syarikat berkenaan telah dinasihatkan untuk membuat pelabelan semula.

“Tujuan utama oeprasi itu bagi memastikan makanan yang diimport ke negara ini mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan- Peraturan Makanan 1985.

“Operasi itu melibatkan seramai 20 anggota daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sentiasa peka dan mengambil berat isu berkaitan keselamatan serta kualiti makanan di negeri ini terutama yang dibawa masuk ke negara ini.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan turut meningkatkan kawalan import di pintu masuk negara dan operasi tersebut daripada semasa ke semasa.

“Menjadi tanggungjawab pihak yang terlibat seperti pengimport, ejen, penjual dan sebagainya untuk memastikan produk makanan yang diimport dan dijual di pasaran mematuhi Akta Makanan 1983.

“Kita perlu mengambil kira perkara berhubung keselamatan pengguna yang boleh  mengancam kesihatan ,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI