fbpx

48 penagih nomad ditahan sekitar daerah Manjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA 48 lelaki yang ditahan AADK dalam serbuan dua ladang sawit yang dijadikan sarang penagihan dadah di Pantai Remis dan Sitiawan dalam operasi tiga hari bermula Ahad lalu.

Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN

LUMUT – Penagih dadah di daerah Manjung dikenal pasti menjadi ‘penagih nomad’ apabila menjadikan ladang sawit yang banyak terdapat di daerah ini sebagai lokasi melepaskan gian masing-masing.

Mereka sanggup berpindah randah lokasi ladang sawit untuk menagih dadah bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Tindakan itu bagaimanapun gagal apabila Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Manjung berjaya menahan 48 individu dalam operasi bermula Ahad lalu sehingga pukul 12 tengah hari semalam.

Ketua Pegawai AADK Manjung, Asnida Ahmad berkata, semua lelaki berusia antara 27 hingga 65 tahun itu ditahan dalam Ops Perdana yang dilakukan di beberapa lokasi termasuk dua ladang sawit di sekitar Pantai Remis dan Sitiawan.

Katanya, ladang sawit berkenaan dipercayai aktif sebagai tempat penagih terbabit yang bekerja kampung dan nelayan itu mendapatkan dadah dan melepaskan gian masing-masing sejak hampir sebulan lalu.

“Trend penagihan terkini menjadikan ladang sawit sebagai ‘mobile port’ atau lokasi berpindah-randah bagi mengelak aktiviti mereka dikesan pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Asnida berkata, ujian awal saringan air kencing mendapati seramai 44 individu positif heroin dan syabu selain menemui sejumlah bungkusan dadah di lokasi serbuan.

Berikutan itu katanya, semua 44 lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (APD) 1983 manakala empat lain iaitu masing-masing seorang ditahan di bawah Seksyen 39(A)(1) dan Seksyen 39(A)(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dua lagi ditahan mengikut Seksyen 12(2) akta sama.

Menurut Asnida, operasi dilakukan dengan kerjasama anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) itu dibuat selepas menerima aduan dan risikan selama dua minggu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI