fbpx

3,512 saman dikeluarkan, 118 lori disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYOB KHAN (dua kiri) menyertai Ops Perdagangan dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Johor di Ulu Tiram, hari ini.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Sebanyak 3,512 saman dikeluarkan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor terhadap kenderaan perdagangan sepanjang tempoh Jun hingga semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, saman yang dikeluarkan terbabit adalah melibatkan pelbagai kesalahan termasuk membawa muatan melebihi had yang dibenarkan.

Menurut, dalam tempoh yang sama sebanyak 118 buah lori perdagangan turut disita.

“Sejak Jun tahun ini hingga semalam, JSPT telah menjalankan sebanyak 206 operasi perdagangan di seluruh Johor, daripada 261 lori yang diperiksa, 239 daripada melebihi muatan dibenarkan.

“Ini bermakna 91 peratus daripada jumlah diperiksa membawa muatan sehingga 40 peratus lebih daripada had dibenarkan,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyertai Ops Perdagangan JSPT dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Stesen Timbang JPJ, di Ulu Tiram, di sini hari ini.

Ayob Khan turut mendedahkan ada segelintir pengusaha dan pemandu lori mengambil kesempatan dengan mengisi lori perdagangan secara lebih muatan pada hari yang diketahui pihak berkuasa tidak menjalankan operasi terutamanya hujung minggu.

Menurut beliau, itu antara alasan diberi pemandu lori yang ditahan mereka ketika melakukan penguatkuasaan membabitkan lori perdagangan, sebelum ini.

“Ketika ditanya, mengapa membawa muatan lebih, pemandu menjawab kebiasaannya JPJ tidak membuat operasi pada hari Sabtu. Mungkin ada pihak menyalurkan maklumat kepada mereka,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI