fbpx

TNB potong bekalan elektrik tiga premis judi haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan di premis yang menjalankan aktiviti perjudian haram di Seri Iskandar hari ini.

Oleh SHAARANI ISMAIL

SERI ISKANDAR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan elektrik tiga premis di sekitar bandar ini selepas menerima laporan terbabit dalam aktiviti judi haram.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, operasi pemotongan bekalan elektrik dilakukan melalui operasi bersepadu bersama TNB.

“Operasi pemotongan dijalankan dengan kehadiran seorang pegawai dan dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah bersama tiga kakitangan TNB.

“Operasi juga berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah,” katanya di sini hari ini.

Barudin berkata, pemotongan bekalan di premis pertama membabitkan sebuah kedai runcit di Persiaran SIBC 1.

Katanya, kedai berkenaan penah diserbu sebelum ini membabitkan tiga kes menjual loteri awam secara haram.

Katanya, operasi kedua pula membabitkan sebuah kedai telekomunikasi di Persiaran Iskandar Perdana 27, juga pernah diserbu membabitkan dua kes menjual loteri haram.

Beliau berkata, sebuah lagi premis yang dipotong bekalan elektrik membabitkan kedai telekomunikasi tanpa nama di Felcra Nasaruddin dengan pemotongan bekalan di ketiga-tiga premis dibuat mengikut Seksyen 21A, Akta Rumah Judi Terbuka 1953. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI