fbpx

Tiga lelaki diburu kes kematian tiga beranak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga suspek yang dikesan polis bagi membantu siasatan kes bunuh tiga beranak di Bukit Malut, Langkawi pada April tahun lalu.

Oleh NUR AMALINA AZMAN

LANGKAWI – Polis sedang mengesan tiga lelaki bagi membantu siasatan kematian tiga beranak dalam kebakaran sebuah rumah di Pangkalan Nelayan Sungai Tepa, Bukit Malut di sini pada April tahun lalu.

Tiga suspek terbabit ialah Zuhaimi Saad, 41, atau dikenali sebagai Bagok; Nordin Ahmad, 42, atau Din Napoh dan Ahmad Shahrul Nizam Long, 35, atau dikenali sebagai Mapley.

Kematian tiga beranak iaitu Mohd. Nahar Shuhaimi, 39, serta isteri, Noorsuhaila Hamat, 41, dan anak lelaki mereka Muhammad Nawfal, 6, pada mulanya diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun kini disiasat sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Kesekaan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, suspek pertama, Zuhaimi berasal dari Langkawi dengan alamat terakhir di No. 240, Kampung Kelibang, Mukim Kuah di sini.

Katanya, suspek kedua iaitu Nordin dengan alamat terakhir di No. 20, Kampung Baru Ulu Melaka, Mukim Ulu Melaka di sini manakala Ahmad Shahrul Nizam pula beralamat terakhir di Kampung Bukit Tangga, Mukim Padang Matsirat di sini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tiga suspek ini agar menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Asisten Superintendan Mohd. Nizam Hassan di talian 017-2745285 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi di sini hari ini.

Kosmo! pada April tahun lalu melaporkan tiga beranak ditemui mati dalam keadaan menyayat hati selepas rumah mereka yang terletak berhampiran Restoran Nelayan di Pangkalan Nelayan Sungai Tepa, Bukit Malut di sini terbakar.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mayat seorang lelaki ditemui di ruang tamu rumah manakala isterinya ditemui di dalam bilik air dalam keadaan bersujud di sisi mayat anak lelakinya, Muhammad Nawfal.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI